Wednesday, September 3, 2008

Hati Yang Lalai

“Mungkin kamu tidak suka pada sesuatu pada hal itu baik untukmu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu padahal itu bahaya bagi kamu. Dan Allah mengetahui sedang kamu kamu tidak mengetahui, apa yang akan terjadi atau akibat yang tidak mudah diketahui oleh fikiran kita yang sangat terbatas ini. Oleh kerana itu relakan hatimu menerima hukum Allah.”

Hati Yang Lalai Dengan Tuhan


Siapa saja yang hatinya tdak memiliki rasa bertuhan, otomatik rasa kehambaan juga tiada. Begitulah sebaliknya, apabila memiliki rasa kehambaan maka rasa bertuhan punturut serta. Rasa bertuhan dan rasa kehambaan inilah merupakan tuntutan paling utama bagi manusia. Ketiadaa rasa bertuhan dan rasa kehambaan menyebabkan kita lalai dengan Tuhan.

Apabila Tuhan tidak dibesarkan, hati akan dipenuhi oleh mazmumah. Bersarangnya dengki, riyak, ujub, tamak, bakhil, irihati, pemarah, ego, sombong dan segala sifat-sifat keji ini kerana hati yang lalai dengan Tuhan kerana ketiadaan rasa hamba dan rasa bertuhan.

Mazmumah dan rasa kehambaan itu tidak boleh berada dihati bersama pada satu masa, umpama anatara duduk dan berdiri, antara siang dan malam, gerak dan diam, timur dan barat. Adanya mazmumah itulah tanda bahawa sesorang itu tidak memiliki rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Ada rasa bertuhan dan ada rasa kehambaan akan terbakar dan musnah segala mazmumah.

Apabila hati lali yakni tiada rasa bertuhan, maka hati itu disifatkan sebagai hati yang buta atau mati. Hati yang mati itu pula maksudnya ialah hati yang sudah kehilangan fungsinya. Hati yang mati sudah tidak merasai apa-apa termasuk sudah tidak ada sensitivity kepada Tuhan dan apa-apa yang datang dari Tuhan.

Begitu juga hati yang lalai adalah hati yang sudah buta, tidak lagi dpaat melihat tanda-tanda kewujudan Allah swt. Sudah tidak dapat melihat lagi kebenaran ajaran Allah swt. Mereka yang seumpama ini hidup mereka hanya didorong oleh hawa nafsu semata-mata. Akal yang dimilikinya biar bagaimana bijak, pandai, pintar berilmu namun semuanya sudah dikuasai oleh kerusukan nafsunya. Hati yang mati atau buta itu laksana batu yang keras.

Biar bagaimana lunak sekalipun nasihat yang diberikan, mereka berhati batu ini tetap menolaknya malah menyakitkan hati mereka. Betapalah kalau teguran dibuat dengan nada keras dan lantang, mereka akan bertambah marah. Golongan yang jiwanya telah mati dan keras membatu ini andainya disebut nama Allah swt sekalipun tidak terasa apa-apa lagi. Tuhan sudah tidak ada erti lagi bagi mereka. Seolah-olah Tuhan tidak diperlukan lagi.

Seolah-olah Tuhan tiada peranan apa-apa dalam kehidupan mereka. Sebut tentang Akhirat, Syurga dan neraka, azab kubur, dan Masyar menjadikan mereka malu mendengarnya. Seolah-olah suatu yang sangat asing atau sesuatu yang menjijikkan. Terhadapa dosa dan pahala, acuh tak acuh sahaja mendegarnya.

Seolah-olah perkara ini semua sangat remeh temeh, yang tidak perlu diberi perhatian. Adakalanya nada menyindir, :Kalau asyik dengan mati dan akhirat, sampai bila pun umat Islam tidak akan maju”.

Wasiat Nabi Adam :-
Katakanlah kepada putra-putramu, kamu jangan merasa tenang dengan dunia ini, maka saya ketika merasa tenang dalam syurga, Allah tidak redha dan mengusir saya daripadanya. Katakan kepada mereka, jangan menuntutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuruti hawa nasfu wanita sehingga makan pokok yang dilarang dan menyesal. Tiap amal yang yang akan ingin kerjakan harus kamu perhatikan akibatnya sebab andaikan saya memikirkan akibat pasti saya tidak akan menerima akibatnya ini. Jika hatimu tidak tenang (yakni goncang) maka hindarkanlah perbuatan itu sebab saya ketika ingin makan pokok larangan itu bergoncang hatiku tetapi tidak saya hiraukan, maka saya menyesal. Bermesyuarahlah dalam semua urusan, sebab andaikan saya musyawarahkan dengan Malaikat tidak akan terkena akibatnya.

No comments: